HMINEWS – Inilah kabar kegiatan dari saudara kita sesama gerakan mahasiswa Islam dari negara tetangga, Malaysia. Pada 11-13 Agustus 2011 bersamaan 11-13 Ramadhan 1432H, Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) Malaysia melakukan perjalanan ke wilayah Selatan Thailand yang diberinama program Ziarah Saudara Ramadhan (ZiSRa), yang melibatkan dua wilayah Tak Bai dan Yala. Rombongan terdiri dari empat orang yang diketuai Saudara Mohd Syahiran, Timbalan Yang Dipertua. Tujuan kunjungan ini adalah untuk merasakan suasana Ramadhan di negara yang sedang bergolak serta mengunjungi keluarga-keluarga yang ibu-bapaknya telah mati dibunuh tentera Thailand.

Menyerahkan kenangan lewat Isamaae dari FEHRAD

Rombongan ini bertolak pada jam 8 pagi waktu Malaysia dan disambut oleh Ust Nawawi, Pengurus Badan Kebajikan Anak-anak Yatim, Tabal-Takbai (AYATA) di jeti Tabal setelah 45 menit perjalanan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor.

Puan Zainab, tokoh pejuang perempuan Pattani

Kemudian rombongan berehat di asrama AYATA & selepas ashar bertolak ke Majlis memperingati tragedi Tabal pada tahun 2004, yaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh tentara Thailand. Majlis ini dibuat disebuah tadika milik pribadi dan dianjurkan oleh Kak Nab (Puan Zainab) yang merupakan seorang wanita yang gigih membela nasib orang kampungnya. Turut bersama dalam majlis ini beberapa orang aktivis berketurunan Siam bukan Islam dan En. Wan Abdul Rahman, Wakil Global Peace Mission (GPM).

Selepas berbuka puasa, rombongan meneruskan perjalanan ke Yala dengan menumpang kereta En. Dahlan yang merupakan cucu kepada Ust. Dahlan pendiri Muhammadiyah di Indonesia. Beliau besar di Bangkok dan menetap di Songkla serta aktif dengan Youth Muslim Assosiation Thailand (YMAT). Beliau tidak bisa berbahasa Melayu dan hanya dapat bertutur dengan menggunakan bahasa inggeris.

Rombongan PPIK selamat tiba di Bandar Yala dan disambut oleh En. Ismae Sale atau biasa dipanggil Abg Mail yang merupakan pengurus Yayasan Pendidikan & Pembangunan Sumber Manusia (FEHRD), beliau membawa menginap di pusat Tabligh di Wilayah Yala.

Pada keesokan harinya, selepas sahur & solat Subuh di pusat Tabligh tersebut, rombongan di bawa ke sebuah sekolah Agama Santitham untuk program “English Camp”, yang peserta-pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah tingkatan 3 hingga 5. Sorenya rombongan berbuka dengan masyarakat setempat di kampung “Berserat”.

Selepas berbuka & solat Maghrib, rombongan dibagi dua yaitu dua orang menginap di rumah pengurus FEHRD dan dua orang lagi, termasuk ketua rombongan, bermalam di rumah Abg Mail.

Pada esokkan hanya yang merupakan hari terakhir di Selatan Thailand, rombongan dibawa perkuburan Sultan Melayu terkahir Pattani, yaitu Sultan Sulaiman dan kemudiannya ke rumah cucu atau waris terakhir kesultanan tersebut yang biasa dipanggil Pok Ku.

Mengunjungi makam Sultan Pattani

Pok Ku menceritakan asal usul kesultanan Malayu Pattani dan saat berakhirnya kesultanan tersebut sehingga akhirnya kerajaan Siam dapat menguasai seluruh tanah Pattani, Selatan Thailand.Tengah hari, rombongan di rumah Pok Ku & kemudian Abg Mail membawa rombongan ke terminal bus penumpang di kota Yala. Perjalanan dari Yala ke Tabal memakan waktu selama dua jam dan kami sampai di jeti sempadan waktu masuknya asar.