HMINEWS.COM

 Breaking News
  • Pancasila dan Pembubaran Ormas Radikal Belakangan ini wacana pembubaran organisasi yang (dianggap) menentang Pancasila ramai dibicarakan. Presiden Joko Widodo pada tanggal 5 Mei, usai memberi sambutan dalam acara Mukernas dan Halaqah Nasional Himpunan Pengusaha Nahdliyin di Pondok Pesantren As-Tsaqafah, Jakarta menyampaikan bahwa wacana pembubaran itu sedang dikalkulasi oleh menkopolhukam....
  • PB HMI Sambut Baik Vonis Terhadap Ahok HMINEWS.COM, Vonis dua tahun penjara yang dijatuhkan Majelis Hakim terhadap terdakwa Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok mendapat tanggapan dari PB HMI MPO. Direktur Eksekutif Lembaga Kekaryaan Bantuan Hukum (LKBH) PB HMI,...
  • Solusi Ideal Stagnasi Pendidikan Indonesia Suatu hari di tahun 2017, seorang guru yang ditugaskan oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, untuk mengajar di sebuah daerah perbatasan Indonesia – Malaysia di daratan Kalimantan, merekam empat...
  • Hoax Semakin Meresahkan HMINEWS.COM, Berita hoax yang beredar di media sosial dinilai sudah sangat meresahkan, banyak netizen yang telah menjadi korbannya, kecenderungan netizen yang terlalu mudah membagi informasi tanpa verifikasi awal, turut membantu...
  • Siap Lawan Koruptor, PB HMI Kunjungi Novel Baswedan HMINEWS.COM, Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (PB HMI MPO) menjenguk penyidik KPK, korban serangan teror, Novel Baswdean di Rumah Sakit JEC Menteng Jakpus, Selasa (11/4). Rombongan PB HMI tersebut dipimpin...

Satu Lagi, Pemimpin Perjuangan Islam Patani, Mukhtar Kila, Dibunuh

December 26
13:51 2011

HMINEWS, Pattani –  Pemimpin umat Islam Selatan Thailand dan pendiri Partai Islam Patani Mukhtar Kila (47) dibunuh oleh kaki tangan pemerintah Thailand (Kamis, 16/12/2011). Mukhtar Kila mati ditembak oleh 4 orang lelaki yang didalangi oleh pemerintah Thailand. Almarhum meninggal dunia di tempat kejadian, anehnya laki-laki yang membunuh Mukhta pun kemudian terbunuh ditembak oleh tentera Thailand.

Sumber HMINEWS di Pattani menyampaikan: “Tragedi pembunuhan Allahyarham Mukhtar Kila ini telah menambah satu lagi sejarah pedih perjuangan rakyat Melayu Islam Patani.”

Pada tahun 2011 sebelum berlakunya pilihanraya Thailand yang berlangsung pada 3/7/2011, Allahyarham Mukhtar Kila telah mendirikan sebuah parti yang dinamakan parti Keadilan (Pegha Tham). Partai ini mewakili suara masyarakat Melayu Islam Patani di wilayah-wilayah Patani melalui proses demokrasi yang sah dan rasmi.

Sebelum pemilu raya Thailand 2011, Allahyarham pernah diwawancara oleh wartawan, dan memberitahu bahwa beliau dan rekan-rekan seperjuangannya sangat bersyukur dan gembira kerana beliau dan rakan-rakan seperjuangannya dapat menubuhkan parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam Patani.

 

Parti Keadilan (Pegha Tham) merupakan parti orang Melayu Islam yang pertama dalam sejarah Patani di bawah penjajah Thailand yang bertujuan untuk membela hak-hak orang Melayu Patani.

Dengan tertubuhnya parti Keadilan, Allahyarham Mukhtar Kila dan rakan-rakannya mampu berkempanye dan berinteraksi dengan masyarakat secara terbuka serta berani menyampaikan hasrat dan matlamat penubuhan parti tersebut.

Pada 3/7/2011 Allahyarham telah dicalunkan kandidad untuk bertanding menjadi wakil rakyat di wilayah Menara (Narathiwat) tetapi malangnya beliau gagal dalam pilihanraya tersebut. Namun demikian, Allahyarham tidak berputus asa kerana wawasan dan misi parti tersebut telah disampaikan kepada Masyarakat.

Pada Khamis, 16/12/2011 Allahyarham Mukhtar Kila, 47 telah ditembak oleh 4 orang lelaki yang didalangi oleh penjajah Thailand. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian. Dan suspect yang cuba untuk melarikan diri pula terbunuh ditembok oleh tentera Thailand. Tragedi pembunuhan Allahyarham Mukhtar Kila ini telah menambah satu lagi sejarah pedih perjuangan rakyat Melayu Islam Patani.

Penjajah Thailand sentiasa curiga dengan perjuangan aktivis-aktivis Melayu Islam Patani, baik daripada golongan akademik, Ulama ataupun Anak-anak muda yang bersemangat juang untuk membela masyarakat Melayu Islam .

Sejarah lampau telah menyaksikan pembunuhan secara rahsia dan licik terhadap seorang aktivis peguam (Addvokat) bernama Som Chai yang selalu membela pemuda-pemuda Patani di mahkamah.

Mukhtar Kila lahir pada tahun 1964 di Kg. Gelaung Gajah, Tanjung Mas, Menara (Narathiwat), Beliau lulus pelajarannya di University Ramkamheng Bangkok dan sambung pelajarannya ke Australia, ketika beliau belajar di Bangkok pernah memegang jawatan ketua organisasi pelajar Islam Patani di Bangkok. []

About Author

Redaksi

Redaksi

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment